'Hari pengusiran' untuk Kampung Buah Pala, Jun 11, bermula secara aman, dengan kira-kira 100 penduduk-penduduk Kampung Buah Pala yang disokongi oleh wakil-wakil JERIT, DEMA, Aliran, Penang Heritage Trust (PHT) dan aktivis-aktivis lain yang berkumpul di kampung mereka pada pukul 8:15 pagi.
Pada pukul 8:45 pagi, pihak pemaju tanah, (Nusmetro Ventures Sdn Bhd dan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd), datang dengan sebuah lori penuh dengan batu-batu konkrit untuk pembangunan projek di atas tanah penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Rumah belum diroboh, dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru bermula menyiasat kes ini tetapi pemaju tanah sudah datang dengan batu-batu konkrit!
Setelah penduduk-penduduk kampung berunding dengan pemandu lori, lori itu pun berpatah balik.




ADUN Seri Delima, RSN Rayer, kemudian datang dan memberitahu wartawan bahawa jawatankuasa penyiasatan yang ditubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada minggu ini akan menyiasat isu tanah.
Sebelum meninggal tempat kampung, Rayer memberitahu Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala bahawa dia akan membawa berita dari jawatankuasa penyiasatan ini pada waktu malam nanti.
JERIT berkata bahawa jawatankuasa penyiasatan itu perlu menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin kerana penduduk-penduduk kampung terpaksa hidup dengan perasaan cemas sambil menunggu setiap hari untuk penyelesaian kes ini dan melindungi kampung mereka. Kami juga berkata bahawa hasil penyiasatan ini perlu didedahkan dan dijelaskan kepada rakyat secara transparen.
Kini pukul 4:00 petang dan masyarakat Kampung Buah Pala masih melindungi tanah mereka dan tidak ingin membiarkan Nusmetro Ventures Sdn Bhd dan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd merompak tanah kampung mereka yang bersejarah.
Kris Khaira
Penyelaras
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Pulau Pinang
0 comments:
Post a Comment