
Seluruh Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, bersinar pada malam hari Jumaat yang lepas (19 Jun 2009). Perhimpunan lilin ini bermula pada pukul 8pm selepas satu istiadat Hindu, Bhumi Puja, yang diadakan oleh Kampung Buah Pala untuk berdoa demi tanah mereka.

Tujuan perhimpunan lilin pada malam itu adalah untuk merayakan budaya dan kecantikan kampung mereka, menekan Kerajaan Negeri untuk menyelamatkan tanah mereka sambil memberi peluang kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang yang lain untuk memberi solidariti kepada hak-hak asasi penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Akhirnya perhimpunan itu lebih daripada 400 orang pelbagai kaum dan mereka pun berjalan dengan lilin di sekitar kampung sambil menjerit makkal sakthi ("kuasa rakyat") dan "hidup rakyat".

Namun, malam itu bukan sekadar teriakan sahaja. Penduduk-penduduk Kg Buah Pala menunjuk rakaman video kata-kata wakil-wakil rakyat memberi perjanjian sejak tahun yang lepas. Ia menunjuk bagaimana beberapa wakil-wakil rakyat yang sekarang tidak membantu Kampung Buah Pala langsung telah memberi perjanjian yang hebat pada tahun lepas.

JERIT kemudian menayangkan beberapa video tenang sejarah Kampung Berembang di Ampang. Ia menunjuk bagaimana perjuangan untuk hak-hak asasi rakyat, tanah dan perumahan selesa adalah perjuangan semua rakyat tertindas tak kira bangsa atau agama. Kami juga menunjuk rakaman video Wayang Kadbod Kg Berembang dan bagaimana kanak-kanak Kg Berembang menggunakan daya cipta mereka dan menggunakan seni wayang kulit untuk menceritakan perjuangan untuk tanah dan rumah-rumah mereka yang dirampas dan dirobohkan beberapa kali oleh pemaju tanah.

Akhirnya, perhimpunan lilin ini berjaya menarik perhatian orang di sekeliling Bukit Gelugor sambil wartawan dan juga banyak orang SB! Yang pentingnya, para penduduk Kampung Buah Pala sedar bahawa perjuangan mereka juga disokong oleh orang lain dan solidariti di antara rakyat-rakyat tertindas dikuatkan lagi. Malam ini bukan sahaja malam solidariti untuk Kampung Buah Pala tetapi juga untuk semua rakyat tertindas yang selalu dipisahkan mengikut kaum!

Berita lanjut:
0 comments:
Post a Comment