Saturday, July 25, 2009

Kerajaan Negeri akan membatal permit pembangunan di Kg Buah Pala kalau pengusiran paksa berlaku

The Oasis, projek Nusmetro Venture Sdn Bhd dan Koperasi, akan dihentikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kalau pengusiran paksa berlaku di Kampung Buah Pala. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, juga berkata bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk melawan pemaju di mahkamah kalau didakwa oleh mereka.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana mengambil langkah yang berani ini. Tetapi, pengusiran dan perobohan paksa masih boleh berlaku dan tanah masih di bawah Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang. Dialog dan perundingan antara Kerajaan Negeri dan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala mesti berterusan untuk mencari menyelesaikan masalah ini.

Menurut laporan Star, Gary Ho Yuen Kong dari Nusmetro berkata mereka akan mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan yang lepas yang memberi hak mereka untuk mengusir penduduk-penduduk Kg Buah Pala ada 3 Ogos.

Malaysiakini: Project revoked but villagers still worry about land
Video: http://www.malaysiakini.tv/video/17468.html

0 comments:

Post a Comment